16 October 2011
Istiadat Konvokesyen ke-6 2011
Unisel, Bestari Jaya
![]() |
Finally graduated :)
Sipnopsis apa yang aku buat in the past 3 1/2 years.
- Disember 2007, masuk belajar as a Graphic student dekat Unisel, Shah Alam.
- Passion masih di dunia photography tapi atas sebab tak ada degree in photography di Unisel, try apply and belajar graphic digital. Masih ada 2 subject photography di course graphic digital. So layan kan saja.
- Kenapa Unisel? Course degree Graphic antara yang termurah yang aku jumpa.
- Semester 3 dah mula terasa busy dengan design sana sini.
- Semester 7 mula final project 1 dan pada akhir semester 7 batch aku iaitu BG04 penuh dengan isu sampai masuk bilik meeting dengan orang atas.
- Semester 8 iaitu Final Semester masih kekal dengan final project iaitu "Protect Them Campaign" iaitu kempen sayang binatang camtu lah.
- Selepas final project semester, aku buat practical selama 2 bulan di Carduta Greeting Card Company.
- Bercadang untuk sambung terus di company tersebut pada April 2011 selepas tamatnya presentation untuk practical tetapi tidak berjaya kerana aku demand gaji. hahaha.
- Habis belajar sepenuhnya dan berjaya masuk dalam senarai Kepujian Kelas Kedua Tinggi. Okay la kan? hihi
- Start May 2011, mula bergerak kerja sebagai freelancer as wedding photographer dan juga graphic designer.
- Lepak di Ipoh selama beberapa bulan tanpa rasa bosan.
- Atas sebab suka dan happy dengan apa yang dijalankan pada Jun 2011 tertubuhnya nama company aku iaitu SSgraphy bersama business partner iaitu adik aku sendiri Riza.
- Ogos 2011 SSgraphy telah didaftar di SSM atas nama SSgraphy Works atas perniagaan Perkongsian.
- September 2011 mula menubuhkan office SSgraphyWorks ini di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam yang berkonsepkan SOHO (small office, home office) sambil menjalankan perniagaan printing di office tersebut.
- October 2011 iaitu hari ini 21 October 2011, office SSgraphyWorks telah pun menjangkau 95% siap. Lagi 5% kami akan cepat-cepat uruskan dan InsyaAllah by next week kami officially bukak dan ada jamuan makan-makan. Okay yang ni tipu je.
- Fyi, SSgraphyWorks Office, Photo, Design & Printing Services tidak dibuka secara umum seperti kedai-kedai printing yang lain. Kami buat services kepada semua orang tetapi secara appointment.
- Itu sahaja buat waktu ini. Officially siap aku akan updated.
- Apa-apa pun jangan lupa support us di SSgraphyWorks!











0 komen-lah:
Catat Ulasan