24.8.11

Ceritera menjelang raya

Kau pergi jalan-jalan window shopping.
Tiba-tiba kau nampak baju yang cantik dan kau sukaaaa, berkenan sangat di butik rakan kau.
Pastu kau pergi fitting room try baju.
Ahhh sukanyaaaaa.
"Should I buy it?" kata kau kepada rakan butik kau itu.
Rakan kau pun kata "Cantiknyaaa Jahhhh, beli lahhh. Sesuai kau Jahhh kalau kau pakai baju ni time pagi raya"
Tapi kau masih ragu-ragu untuk beli, mungkin kau patut survey baju lain dahulu.
Tetapi untuk support butik rakan kau sambil puaskan hati kau, kau pun belilah baju yang kau suka itu. Sebab kau pun dah berkenan sangat dengan baju kat butik rakan kau itu.
Kau melihat price tag tertera RM150
"Berapa kau bagi kalau aku beli baju ni Jonet?" kata kau yang mempunyai niat di hati untuk mendapatkan harga kawan-kawan.
"Aku bagi RM100 kalau ko nak beli" kata si Jonet.
Dengan rasa teruja kerana dapat kurangkan RM50 dari harga asal, kau pun belilah baju tersebut dengan harga RM100.

Jadi dengan rasa seronok kau pulang rumah dan tidur dengan senyuman sampai esok pagi.

Keesokkan harinya, selepas kau balik dari kerja, kau singgah shopping mall yang semalam untuk window shopping lagi.
Kali ini kau nak pergi ke butik-butik lain untuk mencuci mata.
Tiba-tiba, kau ternampak sehelai baju yang sama sejibik macam baju yang kau beli dekat butik rakan kau semalam.
Jadi dengan rasa ingin tahu kau pun membelek-belek baju tersebut.
"Kuantiti kain yang sama, warna pun sama, segalanya samalah" bisik hati kau.
Lalu kau melihat harga.
"Eh! Apahal RM80 ? Apahal semalam baju ni kat butik si Jonet ni RM150? Aku beli RM100 lak tu. Yang ini RM80? Ahhhhhh!!" jerit hati kau.
Kau bengang! Kau sakit hati sebab harga di butik itu lebih murah dari kau beli di butik rakan kau sendiri. Lagi sakit hati apabila tuan butik tersebut memberitahu bahawa jika kau beli baju tersebut kau akan mendapat sehelai selendang secara percuma!
Kau panassss. Hati kau membara dan menambah lagi sakit hati apabila mengingatkan harga yang rakan kau bagi selepas di kawan-kawankan itu masih mahal lagi berbanding dengan harga yang baru kau tengok itu.

Selepas itu, kau berjumpa dengan rakan kau di butik beliau dan mempertikaikan hal ini sungguh-sungguh.

Tamat.

Soalan 1 : Adakah rakan kau harus dipersalahkan dalam hal ini?
Soalan 2 : Adakah kau berhak mempertikaikan hal ini dan menggunakan ayat cliche iaitu "Customer is always right?"
Soalan 3 : Lu pikir la sendiri.


Sekian.

note : Selamat Hari Raya in advance. Maaf Zahir & Batin.

2 komen-lah:

ma'i-suhaimi berkata...

kau dah bole buat cerpen macam blog cursing malay tu babe! kelas kau maria..

renyrino berkata...

haha. aihh mestilah kelass Jah oiii.. hahaha.saper pulak blog curing malay tu?